VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah Penjana Kecemerlangan
SMK Datuk Peter Mojuntin , Penampang.
HURAIAN MAKSUD VISI PSS SMK DATUK
PETER MOJUNTIN, PENAMPANG
Pusat Sumber bermaksud tempat rujukan semua warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang bagi mencapai kecemerlangan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah
bermaksud sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang sentiasa
melaksanakan inovasi penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi mencapai
kecemerlangan.
Penjana Kecemerlangan bermaksud Pusat Sumber SMK Datuk Peter Mojuntin,
Penampang komited dan melestarikan visi sekolah dalam mencetuskan atau
melahirkan murid yang berkualiti dan cemerlang dari segi akademik, jati diri
dan ketrampilan diri.
MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
untuk memenuhi keperluan guru dan murid demi meningkatkan prestasi pencapaian ke tahap yang cemerlang.
HURAIAN MAKSUD MISI PSS
SMK
DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG
Mengadakan Kemudahan bermaksud
menambah pelbagai jenis bahan pembacaan dan bahan bantu belajar yang
bersesuaian dengan keperluan guru dan murid di Perpustakaan sekolah dan juga di
Bilik Bahan Bantu Belajar. Dalam masa yang sama mewujudkan
persekitaran Pusat Sumber Sekolah yang
kondusif iaitu ceria, bersih, selamat dan berinformasi.
Perkhidmatan bermaksud berkhidmat sebagai agen berpusat untuk
memperoleh, menghasil, mengorganisasi dan mengedar bahan pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan guru dan murid.
Meningkatkan Prestasi Pencapaian
bermaksud melatih guru dan murid memanfaatkan penggunaan kepelbagaian kemudahan unit-unit
Pusat Sumber Sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh
maklumat, membuat kerja rujukan dan sebagainya, dan dapat membantu dalam
meningkatkan daya kreativiti, inovasi serta pengetahuan dalam kalangan guru dan
murid.
Ke Tahap Yang Cemerlang bermaksud Pusat Sumber SMK Datuk Peter Mojuntin,
Penampang melahirkan murid yang berkualiti dan cemerlang dari segi akademik,
jati diri dan ketrampilan diri.
No comments:
Post a Comment