SEJARAH



SEJARAH PUSAT SUMBER SMK DATUK PETER MOJUNTIN PENAMPANG

Pusat Sumber SMK DPM atau mulanya hanya dikenali sebagai Perpustakaan SMK DPM ditubuhkan pada tahun 1978. Pada mulanya ia hanya ditempatkan di 2 bilik darjah di atas blok pentadbiran sekolah. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah tempat merujuk, membaca dan juga peminjaman dan pemulangan bahan buku.
Sejak tahun 2000, Pusat Sumber Sekolah telah mengembangkan sayapnya dari Perpustakaan yang diberi nama MUTIARA (Membaca Untuk Tingkatkan Ilmu Amalan Rutin Anda) kepada beberapa unit lain termasuklah Unit Multimedia, Makmal ICT 1 dan Unit BBM. 
 
walau bagaimanapun, perkembangan Pusat Sumber Sekolah tidak terhenti disitu sahaja. Mulai tahun 2002, Pusat Sumber Sekolah telah bertambah maju dengan penambahan bilik-bilik khas seperti Makmal ICT 1 (kemudahan rangkaian internet), Makmal ICT 2 (kemudahan internet), Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Multimedia I, II dan III, Bilik Bestari, Bilik Multimedia Pendidikan Khas, Bilik Multimedia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Pondok-pondok bacaan, Program NILAM, Teratak Minda, Mini Pusat Sumber dan Pameran Berfokus, Koridor Ilmu, Bilik Kualiti, Bilik Siaraya, Laman Web Sekolah, Taman Binomial, Taman Dukun Kampung dan Gelari Kecemerlangan & Pusaka.
 
Perubahan dari masa ke semasa berterusan. Pada tahun seterusnya, Bilik Multimedia II telah diubahsuai dan dijadikan Bilik Gerakan yang tidak terhad penggunaannya termasuklah aktiviti seperti kursus, bengkel, mesyuarat, taklimat, pembentangan dan juga kelas P&P. Sementara itu, untuk menampung bilangan murid yang ramai menggunakan kemudahan Perpustakaan, Bilik Multimedia III diubahsuai dan digabungkan dengan 2 bilik darjah yang asal. Bilik Multimedia telah dijadikan sebagai ruang menyimpan buku dan 2 bilik asal adalah untuk ruang bacaan. Tujuan menempatkan buku dalam satu bilik dan bukannya dalam ruang bacaan adalah satu cara mengawal kehilangan buku.
 
Pada tahun 2007, Bilik Gerakan atau pada asalnya Bilik Multimedia II telah diubahsuai semula menjadi sebahagian daripada Bilik MPV (Dandanan dan Solekan). Pada tahun yang sama Sudut Pameran Berfokus telah diubah nama menjadi Sudut Pameran Mata Pelajaran. Bilik Bestari juga telah diubahsuai menjadi Pusat Akses Sekolah. Mini pusat Sumber Kelas juga telah ditiadakan tetapi pelbagai sudut dalam kelas telah diwujudkan.
 
Pada tahun ...
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 

No comments:

Post a Comment